SOLAT SUNAT GERHANA BULAN

0 comments

Khutbah Gerhana Bulan

Sumber : Jabatan Agama Islam Selangor & Jabatan Mufti Negeri Perak

Susunan : Mahruzaman Misran

GERHANA BERLAKU BUKANLAH KEMURKAAN ALLAH

Ia bukanlah berlaku kerana kemurkaan Allah SWT, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah SWT. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah SWT pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains. Ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak ala mini dijadikan dan juga pada zaman Nabi SAW yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya :
“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian sesaorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”

HUKUM SOLAT

Dalilnya:

Abu Mas’ud Al-Ansari beliau berkata:
Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya )kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian sesaorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kalian melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakukan itu hilang”

WAKTU SOLAT

Solat Kusuf adalah sunat Muakkad samada bagi orang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan dan samada ditunaikan secara berjamaah atau bersendirian.

Bagi Solat Gerhana Bulan waktunya bermula apabila ternyata berlakunya gerhana bulan dan berakhir dengan hilang gerhana dan naik matahari. Tidak dikira dengan naik
fajar atau jatuhnya pada malam dengan gerhananya. Sekiranya berlaku gerhana bulan ketika terbenamnya dan sebelum terbit fajar maka dibolehkan solat. Tetapi jika terbenamnya bulan sesudah terbit fajar, maka terdapat dua pendapat iaitu:

i) Qaul Qadim: Tidak ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan telah hilang bila terbit fajar (subuh).

ii) Qaul Jadid: Ada solat gerhana kerana kakuasaan bulan masih ada sehinggalah terbit matahari (syuruk).

Didalam mazhab Syafie dibolehkan bersolat walaupun krtika berlaku gerhana tersebut adalah waktu tahrim.

JUMLAH RAKAAT

i. Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnyad dilakukan dengan dua kali ruku’ dan dua kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

ii. Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku’ dan qiyam bagi tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

Solat dua rakaat:

Rakaat pertama :

1- Niat : (Sahaja aku solat sunat Gerhana Bulan dua rakaat kerana Allah Ta'ala) .

2- Membaca doa iftitah

3- Membaca surah Al-Fatihah

4- Membaca surah Al-Baqarah atau sekadar yang termampu atau mana-mana surah yang sederhana panjang.

5- Ruku' - membaca tasbih sekadar masa membaca 100 ayat atau sekadar yang termampu.

6- ‘Iktidal

7- Membaca surah Al-Fatihah

8- Membaca surah Ali ‘Imran atau sekadar yang mampu atau mana-mana surah yang sederhana panjang

9- Ruku' - membaca tasbih sekadar masa membaca 80 ayat atau sekadar termampu .

10- ‘Iktidal

11- Sujud yang pertama - membaca tasbih sekadar masa 100 ayat atau sekadar termampu .

12- Duduk antara dua sujud

13- Sujud kedua - membaca tasbih sekadar masa membaca 80 ayat atau sekadar termampu .

Rakaat kedua:

1- Berdiri - Membaca surah Al-Fatihah

2- Membaca surah An-Nisa' atau surah lain sekadar yang termampu atau mana-mana surah lain yang sederhana panjang .

3- Ruku' - membaca tasbih sekadar masa membaca 70 ayat atau sekadar termampu .

4- ‘Iktidal

5- Membaca surah Al-Fatihah

6- Membaca surah Al-Maidah atau sekadar yang mampu atau mana-mana surah yang sederhana panjang .

7- Ruku' - membaca tasbih sekadar masa membaca 50 ayat atau sekadar yang mampu .

8- ‘Iktidal

9- Sujud yang pertama - membaca tasbih sekadar masa 70 ayat atau sekadar yang mampu.

10- Duduk antara dua sujud

11- Sujud kedua - membaca tasbih sekadar masa 50 ayat atau sekadar yang mampu

12- Membaca tahiyat akhir

13- Memberi salam.

* Sekiranya tidak mampu membaca surah-surah yang panjang adalah dicadangkan surah-surah yang berikut :

Rakaat pertama : Suratul A'la
Suratul-Ghasiah

Rakaat kedua : Suratud Dhuha
Suratul-Insyirah (Alam Nasyrah)

Selepas solat sunat dibaca khutbah :

Khutbah kerana gerhana ini dilakukan dua kali dengan mengikut rukun-rukunnya seperti yang terdapat dalam Khutbah Jumaat. Khutbah gerhana tidak dikehendaki bertakbir seperti khutbah hari raya, walau bagaimana pun dua khutbah bukanlah menjadi syarat bagi sah Solat Gerhana.

KHUTBAH GERHANA BULAN

Kaum muslimin dan muslimat yang berbahagia,

Marilah kita bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Bukan taqwa yang hanya diucapkan di bibir semata-mata, tetapi taqwa yang dinyatakan di dalam ucapan dan dibuktikan di dalam perbuatan. Iaitu segala ucapan dan perbuatan kita sentiasa berpegang dan berlandaskan apa yang telah disyariatkan oIeh Allah melalui agama yang lurus, iaitu agama Islam. Kerana sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah hanyalah agama Islam.
Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Taqwa itu di sini" .

Sambil menunjukkan ke dadanya 3 kali.

Hadhirin dan hadhirat yang dikasihi,

Apabila kita perhatikan segala yang terjadi baik di langit mahu pun di bumi, kesemuanya itu menunjukkan betapa besarnya kekuasaan Allah Subhanahu Wata'ala. Untuk itu menjadikan orang-orang yang beriman agar sentiasa mengingati betapa kejadian langit dan bumi yang diciptakan oIeh Allah Subhanahu Wata'ala bukanlah perkara yang sia-sia, tetapi sebaliknya penciptaan Allah Subhanahu Wata'ala tersebut adalah penuh hikmah, hal ini telah dijelaskan dalam Al-Quran sebagai berikut :

Sekiranya kedudukan bumi berubah, perjalanan siang, malam, tahun dan musim turut berubah. Dengan kecondongan bumi sebanyak 23 .5 darjah, Allah telah memelihara sistem empat musim : musim panas, sejuk, bunga dan luruh.

Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran ayat 190:
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran siang dan malam, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal" .

Salah satu tanda kekuasaan Allah Subhanahu Wata'ala dalam peredaran bulan, matahari dan bumi, adalah Gerhana Bulan. Gerhana berlaku ketika fasa purnama (bulan penuh) di mana bumi berada sesatah dengan garisan bulan dan matahari. Ketika itu cahaya matahari yang biasanya sampai sepenuhnya ke bulan menjadi terhalang oIeh bumi. Tompokan gelap di permukaan bulan ketika berlakunya gerhana sebenarnya adalah bayang-bayang bumi yang jatuh di permukaan bulan. Gerhana penuh berlaku, apabila keseluruhan jasad bulan memasuki dalam kawasan umbra. Ketika itu bulan kelihatan terapung-apung di angkasa dalam keadaan tidak bercahaya. Pemerhati-pemerhati di bumi akan dapat melihat warna bulan ketika ini berwarna merah tembaga, sebagai kesan pembalikan cahaya dari luar kawasan umbra.

Pada malam ini kita berkumpul untuk menghayati kebesaran Allah Subhanahu Wata'ala dan menunaikan solat Gerhana Bulan kerana mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. :

"Wahai manusia, sesungguhnya Gerhana Matahari dan Bulan kedua-duanya merupakan daripada tanda-tanda kekuasaan Allah Subhanahu Wata'ala, yang Allah perlihatkan kepada hamba-hamba-Nya, maka apabila kamu melihat berlaku perkara itu, hendaklah segera berlindung melakukan solat".

Solat sunat Gerhana Bulan hukumnya adalah sunat muakkad, disyariatkan pada tahun
kelima hijrah. Di antara tujuan solat ini disyariatkan adalah supaya orang Islam kembali dan bermunajat kepada ‘Azza Wajalla agar dihindarkan daripada bala' dan dikembalikan cahaya sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oIeh Muslim bermaksud:

"Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda kebesaran Allah Subhanahu Wata'ala. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan kematian seseorang dan kerana hidupnya seseorang. OIeh itu, apabila melihat gerhana berlaku, maka bersolat dan berdoalah sehingga hilang apa yang berlaku (menimpa) kamu iaitu bala' kegelapan".

Di samping itu, dengan adanya gerhana ini hendaklah dijadikan pelajaran bagi kita, bahawa kita yang kini dalam keadaan sihat wal'afiat, tidak mustahil pada waktu-waktu tertentu juga akan ditimpa musibah, maka kita manfaatkanlah waktu umur kita sebaik-baiknya, untuk beribadah kepada Allah Subhanahu Wata'ala dan berusaha mencari
bekal sebagai persiapan di saat kita menemui Allah kelak. Hal ini memang telah disabdakan oIeh Rasulullah s.a.w.:

"Rebutlah lima perkara sebelum kedatangan lima perkara yang lain iaitu: Masa hidupmu sebelum datang ajalmu. Masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu. Masa lapangmu sebelum datang masa sibukmu. Masa mudamu sebelum datang masa tuamu. Masa kayamu sebelum datang masa fakirmu".(Rawahul Baihaqi)

Sementara umur yang ada ini, marilah kita gunakan dengan melakukan kebaikan dan kebajikan. Perbanyakkanlah bersedekah, kerana bersedekah dapat menolak bala' dengan menambahkan ganjaran pahala dan keluasan rezeki. Orang yang bersedekah akan mendapat perlindungan Allah daripada api neraka. Sesungguhnya dengan melakukan kebaikan juga dianggap sebagai sedekah, begitu juga menahan diri daripada melakukan kejahatan juga sebagai sedekah.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Atas setiap orang Islam itu sedekah. Lalu sahabat bertanya: Ya Nabiyyallah, bagaimana mereka yang tidak ada yang hendak disedekahkan?. Jawab Baginda: Ia bekerja dengan dua tangannya lalu memberi manfaat kepada dirinya, dan ia bersedekah kepada orang lain. Sahabat bertanya lagi: Jika ia tidak ada? jawab Baginda: Membantu orang berhajat yang sangat memerlukan. Mereka bertanya seterusnya, Jika tidak ada? jawab Baginda: Maka hendaklah melakukan segala kebajikan dan menahan diri daripada melakukan kejahatan".(Rawahul Bukhari) .

Muslimin dan muslimat yang dirahmati,

Menginsafi bahawa dunia ini semakin berusia dan ajal kita tidak akan diketahui bila akan tiba, marilah kita segera bertaubat kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Di samping menyesali dosa-dosa yang telah lalu dan berazam untuk tidak mengulanginya pada masa akan datang.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah At-Tahrim ayat 8:

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah (meminta dihapuskan dosa kamu) dengan taubat nasuha. Mudah-mudahan Tuhan akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai".

Begitulah hendaknya kita benar-benar memanfaatkan kesempatan yang ada dengan sebaik-baiknya, untuk bertaqarrub kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Semoga kita dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya sehingga mampu untuk menjalankan segala perintah Allah Subhanahu Wata'ala dan meninggalkan segala larangan-Nya. Semoga gerhana ini akan menjadikan kita lebih bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wata'ala serta terhindar berlakunya berbagai perkara yang tidak diingini. Amin.

"Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakkal". (At-Taubah : 51) .

KHUTBAH KEDUA

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan.

Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat seperti kemarau panjang, banjir besar, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

Amalan Sebelum Tidur ( sebuah pesan Rasulullah )

0 comments
Doa Tidur

Doa Bangun Tidur

Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke rumah putrinya Sayyidah Fathimah. Ketika itu, Fathimah sudah siap-siap berbaring untuk tidur. Rasulullah SAW lalu berkata, “Wahai Fathimah putriku, lâ tanâmi. Janganlah engkau tidur sebelum engkau lakukan empat hal; mengkhatam Al-Quran, memperoleh syafaat dari para nabi, membuat hati kaum Mukminin dan mukminat senang dan rida kepadamu, serta melakukan haji dan umrah.”

Fathimah bertanya, “Bagaimana mungkin aku melakukan itu semua sebelum tidur?” Rasulullah saw menjawab, “Sebelum tidur, bacalah oleh kamu Qul huwallâhu ahad tiga kali. Itu sama nilainya dengan mengkhatam Al-Quran.”

Yang dimaksud dengan Qul huwallâhu ahad adalah seluruh surat Al-Ikhlas, bukan ayat pertamanya saja. Dalam banyak hadis, sering kali suatu surat disebut dengan ayat pertamanya. Misalnya surat Al-Insyirah yang sering disebut dengan surat Alam nasyrah.

Rasulullah saw melanjutkan ucapannya, “Kemudian supaya engkau mendapat syafaat dariku dan para nabi sebelumku, bacalah shalawat: “Allâhumma shalli ‘alâ Muhammad wa ‘alâ âli Muhammad, kamâ shalayta ‘alâ Ibrâhim wa ‘alâ âli Ibrâhim. Allâhumma bârik ‘alâ Muhammad wa ‘alâ âli Muhammad, kamâ bârakta ‘alâ Ibrâhim wa ‘alâ âli Ibrâhim fil ‘âlamina innaka hamîdun majîd.”

“Kemudian supaya kamu memperoleh rasa ridha dari kaum mukminin dan mukminat, supaya kamu disenangi oleh mereka, dan supaya kamu juga ridha kepada mereka, bacalah istighfar bagi dirimu, orang tuamu, dan seluruh kaum mukminin dan mukminat.”

Tidak disebutkan dalam hadis itu istighfar seperti apa yang harus dibaca. Yang jelas, dalam istighfar itu kita mohonkan ampunan bagi orang-orang lain selain diri kita sendiri. Untuk apa kita memohon ampunan bagi orang lain? Agar kita tidur dengan membawa hati yang bersih, tidak membawa kebencian atau kejengkelan kepada sesama kaum muslimin. Kita mohonkan ampunan kepada Allah untuk semua orang yang pernah berbuat salah terhadap kita. Hal itu tentu saja tidak mudah. Sulit bagi kita untuk memaafkan orang yang pernah menyakiti hati kita. Bila kita tidur dengan menyimpan dendam, tanpa memaafkan orang lain, kita akan tidur dengan membawa penyakit hati. Bahkan mungkin kita tak akan bisa tidur. Sekalipun kita tidur, tidur kita akan memberikan mimpi buruk bagi kita. Penyakit hati itu akan tumbuh dan berkembang ketika kita tidur. Dari penyakit hati itulah lahir penyakit-penyakit jiwa dan penyakit-penyakit fisik. Orang yang stress harus membiasakan diri memohonkan ampunan kepada Allah untuk orang-orang yang membuatnya stress sebelum ia beranjak tidur.

Dalam hadis itu tidak dicontohkan istighfar macam apa yang harus kita baca. Tapi ada satu istighfar yang telah dicontohkan oleh orang tua-orang tua kita di kampung. Biasanya setelah salat maghrib, mereka membaca: “Astaghfirullâhal azhîm lî wa lî wâlidayya wa lî ashâbil huqûqi wajibâti ‘alayya wal masyâikhina wal ikhwâninâ wa li jamî’il muslimîna wal muslimât wal mukminîna wal mukminât, al ahyâiminhum wal amwât. Ya Allah, aku mohonkan ampunan pada-Mu bagi diriku dan kedua orang tuaku, bagi semua keluarga yang menjadi kewajiban bagiku untuk mengurus mereka. Ampuni juga guru-guru kami, saudara-saudara kami, muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, baik yang masih hidup maupun yang telah wafat.”

Apabila kita amalkan istighfar itu sebelum tidur, paling tidak kita telah meminta ampun untuk orang tua kita. Istighfar kita, insya Allah, akan membuat orang tua kita di alam Barzah senang kepada kita. Istighfar itu pun akan menghibur mereka dalam perjalanan mereka di alam Barzah. Manfaat paling besar dari membaca istighfar adalah menentramkan tidur kita.

Nasihat terakhir dari Rasulullah saw kepada Fathimah adalah, “Sebelum tidur, hendaknya kamu lakukan haji dan umrah.” Bagaimana caranya? Rasulullah saw bersabda, “Siapa yang membaca subhânallâh wal hamdulillâh wa lâ ilâha ilallâh huwallâhu akbar, ia dinilai sama dengan orang yang melakukan haji dan umrah.”

Menurut Rasulullah saw, barangsiapa yang membaca wirid itu lalu tertidur pulas, kemudian dia bangun kembali, Allah menghitung waktu tidurnya sebagai waktu berzikir sehingga orang itu dianggap sebagai orang yang berzikir terus menerus. Tidurnya bukanlah tidur ghaflah (cuek), tidur kelalaian, tapi tidur dalam keadaan berzikir.

Sebetulnya, bila sebelum tidur kita membaca zikir, tubuh kita akan tertidur tapi ruh kita akan terus berzikir. Sekiranya orang itu terbangun di tengah tidurnya, niscaya dari mulut orang itu akan keluar zikir asma Allah. ■ Wallahualam bissawab


Petikan dari ceramah KH. Jalaluddin Rakhmat pada Pengajian Ahad di Mesjid Al-Munawwarah, tanggal 12 September 1999. Ditranskripsi oleh Ilman Fauzi Rakhmat

4 cara TiduR

TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

TIDUR PARA ULAMA' AHLI IBADAH
Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

TIDUR SYAITAN
Menelungkup/meniarap seperti tidurnya ahli neraka.

Semoga Bermanfaat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...